Tuesday, May 21

A.K.U..

Cik Hani | 11:06 | 0Comments |

aku mungkin miskin harta
tiada emas perak berlian permata
tanpa mahligai singgahsana
tapi aku kaya bahasa
budi setinggi gunung

aku mungkin cacat rupa
tapi ku bersyukur
ini semua kurniaan yang esa
sekurang-kurangnya aku sempurna fizikalnya

aku mungkin tidak pandai bermain bahasa cinta
tapi pasti satu perkara

aku bukan mudah jatuh cinta
bagai beruk beralih dahan

aku tidak punya apa-apa
tapi kapasiti hati aku cukup luas
untuk simpan rasa kasih cinta
hanya untuk kau seorang

tanpa perlu berkongsi rasa
bahagia kita kelak bersama
tanpa perlu bahagi masa
aku dan engkau bersama selamanya

No comments:

Post a Comment