Monday, March 25

Untuk Dye

Cik Hani | 14:28 | 0Comments |

tuhan katakan padanya fa rindu
tuhan katakan padanya fa sayang
tuhan katakan padanya hati ini semakin kuat untuknya
tuhan katakan padanya fa ingin bersama dia selamanya
awak tahu kan awak sentiasa ada dalam hati fa
awak tahu kan fa tak pernah pandai untuk singkir awak dalam hati fa
awak tahu kan fa jugak tak mampu nak buang rasa sayang ini dari hati fa
awak tahu kan fa memang tak mampu
kenapa perlu buang kan
sedangkan perasaan ingin bersama selamanya itu semakin kuat menggenggam jiwa
sering fa bertanya saat bila ia datang
sering fa keliru saat bila ia menjelma
sering fa ingin ia berterusan
sering fa mohon ia berkekalan
perlu awak tahu fa bukan lah seorang insan yang akan sentiasa buat awak tersenyum
fa juga bukan seorang yang sentiasa akan melengkapi diri awak
fa juga sememangnya secara tidak langsung akan sentiasa menyakiti awak
tapi awak harus tahu
awak harus tahu yang fa sedang cuba
fa cuba sehabis baik untuk menggembirakan awak
fa cuba habis baik untuk tawan hati awak
sebab apa?
sebab fa tamak
saat ini sayang
fa terlalu takut
fa takut hilang awak kerana perasaan sayang ini terlalu kuat dalam hati fa
tapi fa tak pernah lupa
bila Tuhan sudah tulis jodoh
insyaAllah kita tidak akan kemana
jika Tuhan tulis sebaliknya
mungkin itu yang terbaik untuk hambanya
tapi sekurangnya kita cuba
kerana Tuhan maha memberi jika kita rajin berdoa
fa mahu hidup dengan awak sampai tiada nyawa
moga moga tuhan teguhkan hati kita
dan perlu awak tahu
saat paling indah fa adalah..........
bila fa bersama awak......


#Tinggal es0k..........Happy Anivesary To Me...........#








No comments:

Post a Comment