Tuesday, March 19

Pebiuu

Cik Hani | 00:33 | 0Comments |


Maafkan kita andai coretan ini menganggu ruangan hidup awak..entah kenapa hati ini merintih memanggil awak..

mungkin kerana terlalu rindukan awak..walaupun kita tau awak rindukan kita juga..tapi kita rindukan awak macam dah bertahun-tahun tak bertemu dengan awak..

kita..tak ingat bilakah rindu kita terhadap awak tercipta..tapi kita ingat bila kasih kita terikat..kerana hati kita milik awak..hanya ada awak..

kita tahu kita tidak sempurna..bahkan kita selalu melakukan sesuatu yang awak tidak suka..

maafkan kita ye disepanjang perkenalan kita, kerana proses mengenali antara kita berdua bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah dan bukan boleh mengambil masa yang singkat untuk kita kenali hati budi masing-masing..

ia belum cukup untuk kita kenali hati budi awak sepenuhnya..sedangkan hati kita adakalanya mudah rajuk, mudah tersentuh dan tersentap bila kita bersama awak.

 jika saat ini awak pandang wajah kita..awak akan lihat terus ke dalam hati ini betapa kita merindui awak..betapa kita ingin awak ada disisi kita saat ini.. betapa kita ingin awak tahu betapa dalamnya cinta kita pada awak.. dan awak perlu tahu..

 mencintai awak adalah satu anugerah dalam hidup kita.. kerana pada diri awak..kita temui kasih..sayang..cinta..awaklah dunia kita.. siang dan malam kita..awak segalanya untuk kita..

kita bahagia miliki awak dalam hidup kita..terima kasih kita ucapkan..terlalu banyak yang awak berikan pada kita tapi sedikit yang dapat kita balas..segala yang awak curahkan pada kita hanya ALLAH yang dapat membalasnya..

sungguh hati ini merindui awak..betapa dalamnya rindu kita pada awak pada saat ini..

simpanlah kasih dan sayang kita didalam hati awak..kita doakan awak sejahtera sihat, sentiasa dilimpahi rahmat dan berkati, dipermudahkan segalanya untuk awak..semoga kebahagiaan mewarnai hidup awak hingga ke akhirnya nanti..

 maafkanlah rindu kita ini..sungguh kita harap awak ada disamping kita...kita teramat rindu pada awak..

akhir kata maafkanlah di atas segala salah dan silap sepanjang kita menjadi kekasih awak..halalkan segalanya yang awak berikan untuk kita..dan awak beritahu pada diri awak ya.. betapa kita amat menyayangi dan mencintai diri awak..kita sayang kan awak.. syg sangat2 kt awak.

KITA SAYANG AWAK
KITA CINTA AWAK
KITA PERLUKAN AWAK

 sememangnya kita teramat merindui awak dan berharap akan temui awak ketika ini..tak mungkin beribu kata dapat meredakan rindu kita pada awak yang terpendam..

 rindu ini seindah sinar pelangi..walaupun sinar pelangi itu akan hilang bila terbitnya mentari..namun di kala ini, tika malam berganti siang, kita ditemani rembulan dan bintang..hati kita mula mengeluh resah dek tika rindu berbisik lagi..

Fahamilah, kasih dan rindu ini seindah sinar pelangi, walaupun sinar pelangi akan hilang dek kerana mentari, namun pasti dikala malam rembulan dan bintang akan menemani.

Kilauan cinta bercahaya diselautan kasih yang berkilau, namun rindu ini bagai terdampar di tepian, seindah hati yang merindu, namun kalungan cinta awak menjadi azimat rindu kita.

 hakikat rembulan tidak di ribaan namun pungguk tetap setia menunggu., walaupun tidak dibasahi hujan kerinduan, namun tempias sudah cukup menyegarkan cinta ini.

semoga bahagia menjadi milik kita selama-lamanya.  

Renungan pertama awak telah memukau hati dan minda kita, gemuruh rasa jiwa ini tidak terlahir dengan kata-kata namun senyuman penganti bicara. hadirnya awak dalam hidup  kita membawa sinar indah..


dan kini rindu mekar didalam hati kita..saat ini, kita bagaikan mahu menyentuh bayangan awak..walaupun hanya seketika cuma..cukup untuk menghilangkan dahaga rindu ini..

kita saling merindu, dan kenyataannya kita amat menyayangi awak sepenuh hati kita..hakikatnya kerinduan ini teramat mendalam..hati ini tidak boleh membisu, sekalipun kita adakalanya kelu untuk menyatakan kerinduan kita ini..dan biarlah hati kita jujur berbicara..

SAAT INI..DETIK INI..KETIKA INI...

kita TERAMAT MERINDUI AWAK..KITA INGIN SELALU BERSAMA AWAK.. 


#TakPenahTakSimpan..MasihAde..Fa suke pebiuu balek ape yang fa penah bagi kat dye:)#

No comments:

Post a Comment