Friday, March 22

I need you, till the last breath of mine ! :)

Cik Hani | 12:24 | 0Comments |
Awak, satu hari nanti saya nak awak jadi bulan dan saya nak jadi bintang. Bulan dan bintang akan sentiasa bersama, tak pernah terpisah walaupun awan mendung melitupi. Walaupun bintang tu banyak, tapi bulan tetap satu. Saya hanya ada awak. Saya nak awak dengan saya sentiasa bersama, hingga akhir nyawa saya, harungi suka duka kehidupan bersama-sama. Tak pernah kenal erti putus asa. Tak pernah mengalah dengan rencah kehidupan. Tak pernah melatah dengan dugaan yang hadir

Awak, bintang tu cantikkan. Tapi, saya tak secantik bintang. Saya hanyalah insan biasa yang tak punya apa-apa dan hanya punya sekeping hati. Sekeping hati yang minta untuk dijaga dengan sebaiknya. Hati saya tiada gantinya. Andai ia pecah, hancur maka begitulah dengan saya. Saya tidak pantas untuk jatuh cinta pada sesiapa yang saya jumpa, tetapi saya akan jatuh cinta kepada orang yang benar-benar menghargai saya. Saya tak minta harta, kekayaan daripada awak. Tetapi, saya hanya minta awak hargai saya sepenuhnya. Terima kekurangan saya, dan hargai kelebihan saya

Awak, andai satu hari nanti awak jumpa orang yang jauh lebih baik daripada saya, jangan lupa untuk bagitau saya agar saya tidak lagi mengharap kepada awak. Saya tak kesah andai saya terluka, tapi saya nak tengok awak bahagia. Orang cakap, "Kalau kita sayangkan seseorang, kita akan gembira apabila melihat dia gembira". Saya takkan sedih kalau saya tahu awak gembira. Senyuman yang terukir dibibir awak sudah cukup untuk membuat saya rasa bahagia

Awak, andai kata awak jodoh saya, saya tak minta emas, permata berlian daripada awak. Saya cuma berharap agar awak mampu menyayangi saya sepenuh hati awak. Saya insan yang punya banyak kekurangan. Ajar saya untuk baiki kelemahan yang saya ada kerana saya perlukan seseorang untuk sentiasa bimbing saya. Semoga awak orang yang saya cari untuk menemani hari-hari saya yang akan datang

Awak, andai satu hari nanti awak rindu saya, awak pandanglah ke langit. Pandanglah bintang yang berterabur di langit. Walaupun saya takde depan mata awak, takde di sisi awak, tapi saya tahu awak merindui saya sebab bintang mampu sampaikan salam rindu awak kepada saya. Walaupun kita tak berada di tempat yang sama, tapi kita tak pernah lepas untuk pandang bulan dan bintang yang sama

No comments:

Post a Comment