Sunday, March 24

Buat Awak Yang Sentiasa Setia...

Cik Hani | 11:14 | 0Comments |

Buat awak yang sentiasa setia,
Suka duka kita hadapi bersama,
Semua kenangan kita lalui bersama,
Terima kasih kerana menemani saya.

Buat awak yang sentiasa setia,
Sungguh saya tak pernah sangka,
Kita akan kekal bersama sangat lama,
Terima kasih kerana memahami saya.

Buat awak yang sentiasa setia,
Tanpa awak saya tak tahu hidup ini bagaimana,
Tanpa awak mungkin saya tak kemana-mana,
Terima kasih kerana sempurnakan saya.

Buat awak yang sentiasa setia,
Kekurangan saya awak terima seadanya,
Kelebihan saya kita rai bersama,
Terima kasih untuk segala-galanya.


#Kalau nak setia, biar sampai hujung nyawa ... #

No comments:

Post a Comment