Monday, January 7

saya sayang awak..

Cik Hani | 00:43 | 0Comments |



Saya sayang awak kerana ALLAH. Saya harap cinta & sayang saya untuk awak akan sentiasa dijaga ALLAH. Saya tak mengharapkan balasan dari awak, saya cuma nak awak sentiasa bahagia disisi insan yang awak sayang. Saya tak sayangkan awak kerana rupa, atau jauh sekali sebab awak suka memuji, jauh sekali sebab awak berharta tapi hanya satu sebab kenapa saya sayang awak iaitu kerana ALLAH. Dan saya berdoa kepada Tuhan semoga hanya itulah satu2 sebabnya sampai bila2. 

     Saya Nak Awak Tahu. . . 

♥ Awak seorang yang caring gila. Awak care kat saya tahap overdose. Sweet sangat! :)
♥ Awak selalu jadi kotak aduan saya. Kalau saya tengah ada masalah, down, happy, sedih. . everything! Semua saya mengadu kat awak. Tak pe kan? :p
♥ Awak selalu beri saya kata2 semangat tatkala semangat saya dah terbang melayang entah kemana :)
♥ Awak selalu ingatkan saya yang awak selalu ada untuk saya.
♥ Awak dah faham sangat perangai saya. *Saya tak boleh nak sorokkan apa2 pun even saya menafikannya*
♥ Awak selalu bagi nasihat dekat saya :)
♥ Awak selalu puji saya, walaupun saya tahu hakikatnya saya hanyalah insan biasa =)
♥ Awak seorang yang susah nak berputus asa, itu salah satu dorongan saya untuk jadi macam tu jugak.
♥ Awak seorang yang berpandangan jauh kedepan. Saya kagum setiap kali awak cerita kat saya apa yang awak nak buat untuk future awak nanti :)

*** Tiada sebab yang di perlukan pun untuk saya sayangkan awak. Keikhlasan tu yang paling penting sebenarnya untuk menjamin perhubungan yang sempurna. ***

Kalaulah Awak Tahu. . .

♥ Bila saya jatuh cinta, tak semestinya saya nak awak punya segalanya, tapi awak adalah segalanya di hati saya.
♥ Bila saya mengalirkan air mata, tu tak bermakna saya lemah, tapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai & menyayangi awak.
♥ Bila saya terlalu caring & banyak cakap dekat awak, saya tak pernah bermaksud untuk membuat awak rimas, tapi saya nak awak kenal saya dengan lebih dekat dan sapa saya yang sebenarnya.
♥ Bila saya cemburu, tak bermakna saya tak sayangkan awak, tapi saya terlalu sayangkan awak. 
♥ Bila saya merajuk, saya bukan seorang yang mengada2. Saya bukannya mahu di pujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tapi cukuplah dengan perhatian yang boleh buat saya rasa di hargai.
♥ Bila saya jarang cakap yang saya sayangkan awak, tak bermaksud saya tak menyintai awak, tapi saya nak awak sendiri yang tahu cinta saya pada awak.
♥ Bila saya cakap saya rindukan awak, saya betul2 rindukan awak sehinggakan saya boleh menangis bila saya terlalu rindukan awak.
♥ Bila saya degil, saya tak bermaksud nak jadi degil, tapi saya nak tengok sejauh mana awak mampu untuk bersabar dengan perangai saya. Percayalah awak, hati perempuan ni sangat lembut. Kalau kena dengan caranya, jangan terkejut kalau akhirnya saya menukar fikiran saya dalam masa sesaat.

No comments:

Post a Comment