Saturday, January 19

Redhalah kerana ALLAH...

Cik Hani | 16:28 | 0Comments |



Pernah rasa nak jauhkan diri dari seseorang yang kamu sayang sebab kamu tahu perkara itu yang paling terbaik untuk dilakukan? Kerana kamu juga tidak mahu dia terlalai dan terfitnah oleh dirimu?

Menguatkan semangat untuk menahan diri dari mengingatinya. Menguatkan hati supaya terus tabah. Menguatkan minda supaya berhenti berfikir mengenainya. 

Memang susah. Sangat susah nak buat semua tu. Jauhkan diri dengan seseorang yang buat kamu tersenyum, seseorang yang buat kamu rasa bahagia tapi selagi dia belum tentu menjadi hak milikmu yang sah, perlukan rasa itu terus ada? Bagaimana kalau ditakdirkan bahawa dia bukan untukmu sebaliknya sekadar datang untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan kita? Kawan mungkin...

Yang indah hanya sementara, yang abadi adalah kenangan, yang ikhlas hanya dari hati, yang tulus hanya dari sanubari. Tidak mudah mencari yang hilang, tidak mudah mengejar impian, namun yg lebih susah mempertahankan yang ada kerana walaupun tergenggam masih boleh terlepas juga..Ingatlah pada pepatah,“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”

Yang indah hanya sementara, yang abadi hanyalah kenangan, yang ikhlas hanya dari hati...

Memang ada rasa kurang senang sebab terpaksa melakukan semua ni kerana diri sendiri tahu betapa payahnya nak melakukannya. Tapi hati mula sedar, kenapa takut untuk melepaskan seseorang yang belum tentu menjadi hak kita? 

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya.. 

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Cara terbaik untuk melupakan adalah dengan redha kerana selagi kita tak redha, kita takkan bahagia dan jiwa takkan tenang. Jadi redhakanlah apa yang telah berlaku...Bila kita redha,  hati akan tenang dan perlahan-lahan kita akan dapat menerima hakikat bahawa semua ini merupakan ketentuan-Nya dan pada akhirnya, masa yang akan buat kita lupa semua itu...

No comments:

Post a Comment