Thursday, December 27

Renungan Sejenak..

Cik Hani | 19:39 | 0Comments |



Tak semestinya orang yang rapat dengan kita memahami kita. Hati-hati, mungkin orang inilah yang bakal menikam kita dari belakang.
Tak semestinya orang yang baik di depan kita juga berbuat baik di belakang kita. Ada kemungkinan dialah orangnya yang dikatakan musuh dalam selimut.
Tak semestinya orang yang berbaik-baik dengan kita tak mempunyai maksud atau tujuan tertentu. Mungkin orang inilah yang suka mengambil kesempatan di atas kelebihan orang lain.
Tak semestinya bila kita berbaik sangka dengan orang lain itu, orang lain juga mempunyai pemikiran yang sama dengan kita. Hati-hati, mungkin pemikiran seperti itu bakal memakan diri sendiri. Jadi, letakkan sedikit prasangka pada orang lain.
Tak semestinya sesuatu yang kita pegang tu akan jadi milik kita. Jangan memegangnya terlalu kuat jika tak mahu terasa sakit bila terlepas.

No comments:

Post a Comment