Saturday, December 1

Kenapa Saya Perlukan Awak?

Cik Hani | 23:38 | 0Comments |

Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab ketika saya dicemuh rakan2, awaklah tempat saya mengadu dan menangis. Minta maaf sebab habiskan masa awak dengar saya menangis dan menangis tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulut saya. Awak tetap di situ. I'll be your crying shoulder, kata awak.

Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab tika keluarga tidak memahami saya, awaklah tempat saya luahkan ketidakpuasan hati ini. Awak tak berhenti menasihati saya untuk tidak terus menerus menyalahkan mereka. They did for your own good, kata awak.

Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab ketika saya menghadapi tekanan awak biarkan sahaja saya melepaskan amarah pada awak. Awak diam aje bila saya marahkan awak tanpa sebab. At the end awak tanya "Dah habis dah ke marah tu?"

Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab awak bersama saya disaat saya susah. Awak hulurkan wang awak dahulu ketika saya kesempitan duit. Takpe, gaji saya dah nak masuk, kata awak. Padahal saya tahu lambat lagi.

Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab hanya awak yang cakap saya cantik walaupun dibandingkan dengan Lisa Surihani. Awak tak pandang orang lain. Kata awak, "Kenapa perlu? Saya kan dah ada awak?"

Awak..kenapa saya perlukan awak?
Sebab awak tetap di sini. Tetap berdiri di sebelah saya no matter what. Terima kasih awak. Saya sayang awak....









sumber: ciknoni :).

No comments:

Post a Comment