Tuesday, December 4

Hantaran Kahwin Jangan Buat Giler!~

Cik Hani | 20:08 | 0Comments |


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Pasaran Terkini dan Status Pelajaran Seluruh Semenanjung.
UPSR, PMR/SRP : RM1000-RM3000
SPM : RM3000-RM8000
STPM/DIPLOMA : RM8000-RM12000
DEGREE : RM12000-RM15000
2ND DEGREE/MASTER : RM15000-RM20000
PHD : RM20000-RM30000
Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Purata Per Kapita Seisi Rumah, Keturunan, dan Darjat Seluruh Semenanjung.
MISKIN TEGAR : RM500-RM1000
MISKIN : RM1000-RM3000
SEDERHANA MISKIN : RM3000-RM6000
SEDERHANA : RM6000-RM10000
SEDERHANA KAYA : RM10000-RM15000
KAYA : RM15000-RM20000
SANGAT KAYA : RM20000-RM50000
JUTAWAN : RM50000-RM100000
(Semua nilai berdasarkan purata pemerhatian semasa dan kajian-kajian kes hantaran perkahwinan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor)


Wokeh, untuk kaum lelaki. Mau tak gila terfaktab korang tengok nilai ni kan? Ijazah sampai lima belas ribu. Kalau ikut status pendapatan lagi entah macam mana lah. Tu baru duit hantaran. Cuba kira duit untuk kenduri-kendara yang secara puratanya di nilai dalam lingkungan RM10000untuk kenduri kecil, tumbang sekor lembu, ayam 50ekor, masak-masak lain, khemah 2 pasang, siap pelamin biasa-biasa, mak andam, duit sewa DJ, upah kendarat, dan lain-lain yang menjadikan jumlah sekurang-kurangnya nak dekat TIGA PULUH RIBU RINGGIT untuk majlis kahwin kebiasaan anak gadis yang BERIJAZAH.

Soalannya, RM30000 bolehkah dikumpul dalam tempoh 3-4tahun? Tak? Mungkin boleh, tapi seksa. Jadi, memudahkan jalan. Pinjam Bank Rakyat. Kalau yang kerja kerajaan, pinjam Kerajaan lah.

Kadang-kala, kita terfikir. Nilai ni macam nak jual anak ke? Orang muda macam kita memang akan fikir macam tu. Tapi beb, inilah realiti. Ya, memanglah ada saja orang yang boleh buat hantaran murah. Kalau yang ada tu memang kita respek lah. Namun, berapa ketul lah sangat nak jumpa orang macam tu? Dalam seribu pun payah.

So, berhadapan lah dengan realiti. Melainkan kalau mulut manis boleh slow-talk dengan bakal mentua. Tapi, jangan berharap. Bukan senang hendak mengubah mind-set orang-orang tua walaupun mak bapak sendiri. Ini fakta.

Yang peliknya, kalau nak kahwin sebab cinta, pandai pulak cakap cinta itu tak ternilai. Tiba masa, ehhhh siap ambil kalkulator kira satu-satu berapa sen sangat cinta itu di bandingkan majlis kahwin grand-grand, ala-ala Era Fazira.

HAHAHAHA. ABAH LU!

p/s : Kalau tak mampu, blah je. Jangan banyak bunyik.


credit by: terfaktab

No comments:

Post a Comment