Tuesday, December 4

Bila Dia Mencintaimu...

Cik Hani | 15:21 | 0Comments |



1 . Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu-satunya!

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap impiannya!

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. Di matanya kamu salalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebih-lebihan!

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini - dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti 'slmt pagi', 'slmt hari minggu', 'selamat tidur' walaupun kamu tidak membalas sms-nya.

6. Kalau kamu sambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya, setidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu. Bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa kerana saat-saat itu adalah sesuatu yang berharga untuknya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat tiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin meminjam CD/kaset kamu, kerana dia ingin tahu kesukaanmu. Kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu tidak sihat... mungkin selesema, batuk-batuk, atau sakit gigi, selepas itu dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu, Kerana dia bimbangkan diri kamu.

11. Kalau kamu kata akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan satu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa. Tetapi itu ialah suatu barang yang isitmewa buatnya.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang berbicara di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya ketika itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya!

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekatmu dan ingin menghabiskan hari-harinya denganmu.

15. Jika suatu ketika kamu harus berpindah ke tempat lain dia akan memberikan nasihat supaya kamu berhati-hati dengan lingkungan yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak seperti saudara berbanding seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang 'bodoh' seperti menelefon 100 kali dalam sehari, atau mengejutkan kamu di tengah malam, kerana ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukanmu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu jengkel atau gila. Ketika kamu berkata tindakannya membuatmu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka dia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka namamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Kerana dia masih menyimpan sms kamu walaupun ia sudah kamu kirimkan sudah berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau memberi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupanmu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya... dia sentiasa menunggumu!

Adakah orang yang memperlakukan kamu dengan seperti itu? Jika ada, sedarilah bahawa kamu sangat beruntung!

No comments:

Post a Comment