Saturday, December 1

Andai Aku Pergi Dulu..

Cik Hani | 01:20 | 0Comments |



Assalamualaikum warahmatullah dan salam satu pegangan,ISLAM
Setiap dari kita pasti pernah mengalaminya. Disaat kita sedang leka meraikan ulangtahun kelahiran kita,tidak kira berapa pun usianya,pasti kita sering menerima ucapan sebegini,”selamat hari jadi,SEMOGA PANJANG UMUR..”


Tapi sedarkah kita bahawasanya ucapan yang sebetul-betulnya adalah,’SELAMAT PENDEK UMUR’… mungkin ramai yang tidak bersetuju,malahan saya juga sebegitu pada masa mula-mula saya mendengar tentang perkara ini. Cuba kita hayati dan fikirkan… saat kematian setiap anak Adam itu telah ditetapkan. Di mana,bila dan sebabnya. Semuanya telah termaktub di Luh Mahfuz. Hakikatnya,semakin hari,kita semakin bertambah bilangan umur. Dan apa yang paling dekat dengan kita? Apa sebenarnya yang sedang kita tuju? MATI…
Ya Allah,kemanakah aku selepas ini???... di manakah tempatku di akhirat nanti?
“…di sana ada gedung yang terdapat ramai bidadari, dan di sana juga ada azab yang tersangat pedih!...manakah tempat kita?...”
Mengejar dunia,akhirat pantas dilupakan…
“sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal” – al- A’laa : 17
Beruntunglah bagi orang yang sentiasa menghitung amalan persediaan diri
sendiri.
Makin dihitung,semakin kurang rasanya bekalan untuk dibawa. Diri sentiasa tertanya-tanya bagaimana nasib kita di akhirat sana…
Bagaimana pula dengan mereka yang alpa? Masih belum sedar bahawa kita sebenarnya setiap masa,setiap hari sentiasa diintai dan diekori maut. Bila-bila masa sahaja akan berdepan dengan ajal.
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan dalam hasil karya beliau; ‘INGATLAH TEMPATMU DI AKHIRAT’ - edisi pertama, ”untuk memastikan diri kita sentiasa tidak alpa dengan godaan dunia yang serba mengasyikkan,kita hendaklah sentiasa mengingati setiap detik kematian,iaitu detik perpisahan kita dengan dunia ini. Jangan sesekali hanyut dengan godaan dunia kerana ia mampu membinasakan ‘kehidupan’ selepas kematian”
Kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa betapa dunia ini adalah fana,dan apabila tiba masanya kita akan pergi meninggalkannya.

Rasulullah S.A.W telah berpesan, “perbanyakkan mengingati perkara yang boleh menghindarkan keenakan iaitu KEMATIAN…”

INSYAALLAH,seandainya pesan baginda ini dapat kita pasakkan seteguh-teguhnya kedalam diri,pasti kita akan terselamat daripada godaan dunia. Dan kita pasti sentiasa insaf akan tanggungjawab kita yang sebenarnya di atas muka bumi Allah ini.
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Luqman,ayat 34 yang bermaksud, “sesungguhnya disisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim ibu. Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan MATI. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,lagi amat Meliputi pengetahuanNya..”
Berbicara mengenai ‘kematian’ ini,saya tidaklah berniat untuk menakut-nakutkan kalian,ataupun menunjuk-nunjuk arif dan serba tahu. Tetapi sebagai peringatan bersama. Peringatan untuk diri saya sendiri yang seringkali lupa dan sentiasa melakukan kesilapan,kerana “Muhasabah diri” itu tersangatlah perlu untuk kita yang bergelar ‘manusia’ ini. Insya-Allah
Sahabatku sekalian,
Saya tertarik dengan apa yang dibincangkan dalam buku ‘INGATLAH TEMPATMU DI AKHIRAT’ ini…sukacita saya rasakan untuk berkongsi sekadar yang saya mampu dengan kalian semua,mengenai satu ‘part’ dalam buku ini, ‘under’ tajuk PERTEMBUNGAN DUA GOLONGAN;*ALLAH JAGA MANUSIA*
“sesungguhnya aku berkeyakinan penuh bahawa Tuhan akan mengawal aku dalam segenap perkara,di mana segenap benda yang ada di dunia ini adalah bekas tangan Tuhan. Tuhan tidak lempar kita ke dunia ini begitu sahaja, bahkan Dia jaga,Dia awasi, Dia tengok siapa yang pandai menjaga diri dan siapa yang tidak pandai menjaga diri semasa hidup ini. Ketika itu,pandailah Allah memperbetulkan keadaan-keadaan di dunia ini.

Hidup MANUSIA di dunia ini tidak pernah terlepas daripada kawalan ALLAH. Tanpa kawalan Allah,sudah pasti manusia akan berada dalam keadaan huru-hara. Misalnya,apabila berjalan masuk parit,berlaga sesama sendiri dan banyak lagi.

Antara kawalan Allah terhadap manusia adalah Dia memberi nyawa kepada manusia tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun. Akan tetapi, apa yang Allah mahukan adalah manusia mengamalkan perintah dan meninggalkan segala laranganNya. Malah,segala perintah dan larangan yang diperintahkan itu,bukan disuruh melakukannya secara percuma,bahkan diberikan ‘gaji’ pula oleh Allah kepada sesiapa yang mentaatinya. Gaji tersebut bernama ‘pahala’,dan ia akan menjadi bekalan ‘makanan’ kehidupan kita di akhirat kelak. Demikianlah pemurahnya Allah S.W.T. Dan dengan adanya pahala hasil daripada ketaatan terhadap Allah,seseorang manusia itu akan mendapat syurga-Nya dan sudah pasti dia akan hidup di akhirat kelak dalam keadaan bahagia buat selama-lamanya…”
Subhanallah… Maha Suci Allah ***

Sahabatku sekalian,
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan dan rahmat Allah Subhanahuwata’ala hendaknya…
SEGALA PUJI BAGI-MU. ENGKAU ADALAH CAHAYA LANGIT DAN BUMI. SEGALA PUJI BAGI-MU. ENGKAULAH YANG MENGATUR SEGALA URUSAN MAKHLUK DI LANGIT DAN DI BUMI. SEGALA PUJI HANYALAH BAGI-MU. ENGKAU ADALAH TUHAN DI LANGIT DAN DI BUMI SERTA SEMUA YANG TERKANDUNG DI ANTARA KEDUANYA. ENGKAU ADALAH BENAR. JANJIMU ADALAH BENAR. SYURGA ADALAH BENAR. NERAKA ADALAH BENAR. HARI KIAMAT ADALAH BENAR. YA ALLAH! HANYA KEPADAMU JUALAH AKU BERSERAH…
Wallahua’lam bissawab

No comments:

Post a Comment