Friday, November 23

Teringin nak makan Bibimbap..kimchi pedas tuuu~

Cik Hani | 10:17 | 3Comments |

Sebenarnya aku takde ler teruja sangat nak makan bende2 ni..tapi sebab terpengaruh dengan citer korea, apa lagi kan?hehehe... nak mencuba juga buat benda ni..okay, 1st aku nak tunjuk macam mana buat BIBIMBAP versi Malaysia ni erk..hehehehe.. :D

Bahan-bahan membuat Bibimbap:



Perap
1/4 cup daging/ ayam
1 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
1/2 ts kicap
1/2 ts gula
1/2 ts lada hitam
1/2 ts minyak bijan

Sos
2 tbs gochujang*
1/2 ts gula
1/2 ts minyak bijan
1/2 ts cuka
1 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
sedikit biji bijan

1 1/2 cup nasi putih
1 biji telur
1 keping rumpai laut
1/4 cup kobis atau salad


1/4 cup kimchi
1/4 cup taughe
1/4 cup timun
1/4 cup cendawan
1/4 cup lobak merah

Cara- cara


1. Daging dipotong dadu. Kemudian gaulkan dengan bahan perap. Biarkan.
2. Masak telur atas kuali leper. Angkat dan potong panjang2.
3. Potong timun, lobak merah, cendawan, kobis, rumpai laut
4. Letak minyak sedikit dan masak timun, lobak merah, cendawan, dan taughe sekejap + secubit garam
5. Cincang kimchi dan masak sekejap.
6. Masak bahan perap tadi sehingga masak.
7. Untuk menyediakan sos, campurkan kesemua bahan2 sos.
8. Paling suke part nie.. susun bahan2 tadi .. Letakkan sos tadi kat tengah2

PERHATIANN! gochujang yg bertanda (*)

sebenarnya korang boleh je beli bende ni tapi mahal sangat laaa...then tak tau bende tu dah campur alchol dan sebagainya..hati-hatila kalau korang nak beli...kalau nak buat pun boleh juga, tapi aku memang tak reti nak buat hehehe...~




ini pula resepi untuk membuat Kimchi :)

Bahan-bahan untuk membuat kimchi pula:

  • 1/2 biji kobis cina
  • Garam & air (untuk rendam kubis)
  • serbuk cili (aku pakai pes cili korea – tak tau nama apa)
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 2-3 biji bawang merah (shallots)
  • 1 tbsp cencalok
  • air 7 up secukup nya
  • 1/2 batang karot
  • 1 pokok daun bawang
  • gula secukupnya (tak letak garam sebab kubis tu dah masin)
Cara Buat :
  1. Mula-mula bersihkan kobis dan potong bite size, lepas tu buat air garam. Aku buat 4tbsps garam dan air sampai kobis tu tenggelam ok la tu..
  2. Rendam kobis sampai 8 jam
  3. Dah 8 jam, bilas kobis dan perah supaya tiada air garam lagi
  4. Campurkan serbuk cili, bawang, bawang putih, halia, cencalok, dalam bekas dan kisar. Guna kan 7 up jika perlu air
  5. Dah siap kisar, rasa masin and manis nya and terpulang untuk tambah gula or garam. Actually, boleh gunakan sos ikan tapi aku punya stok sudah habis so tak pakai..(dah masin pun)
  6. Karot hiris nipis macam batang mancis, daun bawang potong kasar.
  7. Gaul kan kobis tadi dengan bahan kisar, karot dan daun bawang sehingga sebati
  8. Simpan dalam bekas. Boleh juga dimakan serta merta…
Nakk cuba??cepatlaaa cuba...sedappp tauuuu!!!hehehe.. :)


3 comments:

  1. kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa lama tak makan bimbap.. dlu ena selalu melantak benda ni kat food court mid... lepas ni boleh buat sendri dah ada resepi ni... thanks!! >.<

    ReplyDelete
  2. wahh.sedapnya. nanti nak buatlah. dal lama teringin nak makan bila tgok drama korea. :)

    http://lifeisacompactcase.blogspot.com/2012/11/final-semester.html

    ReplyDelete
  3. Aina: aisey tadi gedek2 blog nie baru perasan ade komen aina..hihi..lepas nie buley buat sendiri ye...

    cik cumie: sila2.. insyaallah sedapp.. :)

    ReplyDelete