Thursday, November 22

Sambung Degree Or Tak?

Cik Hani | 12:17 | 0Comments |
Salam all readers...
aku belum ada idea untuk buat sistem tu..walaupun ada semangat tapi aku taknak nanti berterabur lak cording2 tu kan....hehehe...

ermm sebenarnya hati aku ni tak tenteram laaa....dup..dap..dup..dap...
yela. aku tengah meramalkan masa depan aku ni, walaupun orang kata tak elokla cepat buat ramalan kan??..ramai orang tanya aku, especially my family, makcik2, pakcik2..abang2 etc laaa :)
tapi..aku belum boleh berikan jawapan yang pasti sementara aku tinggal sem akhir je ni...
untuk makluman korang semua yang setia membaca blog aku ni, mesti tertanya-tanya jurusan apa yang sedang aku ambil sekarang n i kan? okayyla, aku ambil jurusan diploma sains komputer. dan sekarang ni tinggal satu sem je lagi...masalah aku sekarang ni, sama ada aku nak sambung degree or tak..kalau diikutkan nak kerja pun kena ada degree, kalau tengok tahap aku ni macam boleh pulak dapat kerja kan?HAHAHA mimpi di siang hari la kan?

Tapi  hari tu aku ada terbaca akhbar ni kan..de company ni nak orang yang ada spm, ada pengalaman kerja minima pun 3 taun..jawatan dia...perh..kalah orang yang ada degree :D
aku rasa memang perlu juga pengalaman kerja ni kalo setakat berlajar terceruk dalam U tak guna gak kalo takde pengalaman dalam bidang tu..berlajar bertaun taun tapi..takde pengalaman..aku rasa budak2 diploma, yang de degree tentu tengah tanam anggur kat rumah tu kan? :D itu berdasarkan apa yang aku baca dalam surat khabar laaa...

entahlah..ikutkan nak sambung degree sebab aku nak cuba ambil jurusan lain..walaupun jurusan sekarang ni memang aku akui TERSANGAT ramai yang berminat nak offer aku kerja...

aku minat jadi CIKGU sebenarnya :D
jangan gelak eh korang? betul. betul. memang minat giler.. itu sebab aku tengah berfikir sekarang ni..
kalau nak teruskan minat aku ni, nak apply KPLI dah tentu2 laa kene ade degree dulu kan? hahaha. jiwa kacauu sih!! nak sambung berlajar tu pulak...tengok jurusan tu juga, ada yang dua tahun je, tu aku tak kisahlah, ni kalo sampai 3 tahun memang menangis laa aku! dah mek siji sains komputer pun setaun 2bulan..diploma pun aku tunggu 3 tahun lebih..ni sambung lagi 3 tahun??fuhh...kepala otak aku yang letih hahaha...ish..ish...nak ikotkan bukan alasan laa kan...yang penting kalo minat nak berlajar lagi, teruskan jela kan? erm ... aku masih berfikir...fikir....dan...fikir!~

No comments:

Post a Comment